pbs tingkatan 2 dan 3

PENGUMUMAN:

Selamat Kembali Ke Sekolah 2017

Sunday, August 4, 2013

Raya datang lagi....:)


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Maaf zahir dan batin ikhlas dari kami, warga sekolah SMK Khir Johari, Beranang.

Buat anak SEMAHIR, berhati-hati di jalan raya... semoga anda selamat tiba ke destinasi dengan selamat terutama kepada calon-calon SPM dan PMR.



Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar

Majlis Khatam Al-Quran
Dan
Iftar
Bersama-sama Ibu Bapa / Penjaga
Calon SPM & PMR 2013

Sempena Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan

Tarikh : 1hb Ogos 2013
Masa : 5.00 ptg - 10.30 mlm

 Majlis Khatam Al-Quran

 Penyampaian sedekah Ramadhan kepada murid terpilih

Majlis berbuka puasa

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan majlis Khatam Al-Quran dan Iftar ini, terutama pihak ibu bapa/penjaga yang sangat membantu, yang sama-sama membawa juadah berbuka puasa dan menunggu hingga akhir program....

Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai... semoga kerjasama ini akan berterusan untuk aktiviti yang akan datang....

Friday, August 2, 2013

Ihya' Ramadhan

Program Ihya' Ramadhan

Tarikh Pelaksanaan : Sepanjang Bulan Ramadhan

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program. Antara aktiviti sepanjang program Ihya' Ramadhan ini adalah seperti yang berikut :
  • Kuiz 
  • Tadarus Al-Quran
  • Penyampaian sumbangan kepada murid terpilih
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Berbuka Puasa bersama ibu bapa/penjaga calon-calon PMR dan SPM
  • Solat Hajat
  • Solat Terawih






Pameran Grafik


Pameran Karya Grafik
Murid-murid 5 Grafik 2013

Pameran karya grafik murid-murid tingkatan 5 Grafik ini adalah bagi memenuhi syarat kompetensi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mata pelajaran Vokasional Grafik Berkomputer. Pameran ini juga memberikan peluang dan pengalaman yang sangat berguna kepada murid untuk mengurus dan mengendalikan sesebuah pameran.









Pelancaran mggu TEKVOK

Majlis Pelancaran
Minggu Teknik & Vokasional
SEMAHIR 2013

Tarikh : 8hb Julai 2013
Masa : 7.30 - 8.10 pagi


Thursday, August 1, 2013

PELANCARAN VLE FROG SEMAHIR 2013


KEJOHANAN SUKAN SEMAHIR 5 JULAI 2013

Sukan Sekolah

Kejohanan Olahraga dan Balapan
Peringkat Sekolah
tahun 2013

Tarikh : 5hb Julai 2013



Bicara Akademik

Program Bicara Akademik
Bagi
Peperiksaan Pertengahan Tahun 
2013

Tarikh : 28hb Jun 2013



Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan, Iftar serta Solat Hajat
SEMAHIR 2013


Majlis penutupan Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah akan diadakan pada 1hb Ogos 2013 (Khamis). oleh itu, pihak sekolah menjemput semua murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 serta ibu bapa/penjaga untuk hadir bersama-sama menjayakan majlis tersebut. 

Antara aturcara pada hari tersebut adalah seperti berikut :
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Penyampaian sumbangan Hari Raya kepada murid terpilih
  • Tazkirah
  • Majlis berbuka puasa
  • solat Maghrib berjemaah
  • Solat hajat dan bacaan Yassin
  • Solat isyak dan solat terawih
Pendaftaran bermula jam 5.00 petang.

Sehunbungan dengan majlis di atas, pihak sekolah berharap, pada sesiapa ibu bapa/penjaga dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos berbuka puasa serta bantuan sumbangan kepada murid terpilih.

Pihak seklah juga berharap, pihak ibu bapa/penjaga dapat memberikan sokongan pada aktiviti sekolah ini.

Kerjasama dan sokongan dari semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri
2013

Sempena Hari Raya yang akan datang ini, sekolah SEMAHIR akan mula bercuti pada 03hb Ogos 2013 (Sabtu) hinggga 18hb Ogos 2013 (Ahad).

Pada 5hb Ogos (Isnin) adalah merupakan cuti peristiwa dan 6hb Ogos 2013 (Selasa) adalah cuti berganti yang akan diganti pada hari Sabtu (24hb Ogos 2013)




Perkampungan Ilmu

Perkampungan Ilmu
Calon-calon PMR dan SPM 2013

Tarikh : 27hb - 28hb Mei 2013