Sama-sama kita terus PATUH SOP, CEGAH & KAWAL penularan wabak COVID-19

Thursday, August 1, 2013


Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan, Iftar serta Solat Hajat
SEMAHIR 2013


Majlis penutupan Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah akan diadakan pada 1hb Ogos 2013 (Khamis). oleh itu, pihak sekolah menjemput semua murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 serta ibu bapa/penjaga untuk hadir bersama-sama menjayakan majlis tersebut. 

Antara aturcara pada hari tersebut adalah seperti berikut :
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Penyampaian sumbangan Hari Raya kepada murid terpilih
  • Tazkirah
  • Majlis berbuka puasa
  • solat Maghrib berjemaah
  • Solat hajat dan bacaan Yassin
  • Solat isyak dan solat terawih
Pendaftaran bermula jam 5.00 petang.

Sehunbungan dengan majlis di atas, pihak sekolah berharap, pada sesiapa ibu bapa/penjaga dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos berbuka puasa serta bantuan sumbangan kepada murid terpilih.

Pihak seklah juga berharap, pihak ibu bapa/penjaga dapat memberikan sokongan pada aktiviti sekolah ini.

Kerjasama dan sokongan dari semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment