Sama-sama kita terus PATUH SOP, CEGAH & KAWAL penularan wabak COVID-19

Saturday, October 15, 2022

PERKHEMAHAN PERDANA 2022/2023

 

TARIKH : 07.10.2022 - 08.10.2022 

MASA : 2.30 PETANG (JUMAAT) - 1.00 PETANG (SABTU)

TEMPAT : SMK KHIR JOHARI (SEKITAR KAWASAN SEKOLAH)


Program perkhemahan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid menimba pengalaman dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan ilmu perkhemahan yang terkandung dalam sukatan Unit Beruniform masing-masing dan program ini merupakan salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha melahirkan seorang insan yang seimbang.


























CERAMAH MAULIDUR RASUL 1444/2022

 

TARIKH : 07 OKTOBER 2022 / JUMAAT

MASA : 07.30 PAGI - 09.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN BESAR SEMAHIR

PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ MUHD REDZA BIN AHMAD


Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Khir Johari sempena sambutan Maulidurrasul. Ia merupakan satu usaha untuk memberi kefahaman kepada murid-murid agar lebih mengenali dan mencintai Rasulullah SAW serta mencontohi baginda dalam kehidupan. Program ini melibatkan semua murid yang beragama islam.














KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN 2022

 TARIKH : 05 OKTOBER 2022

MASA : 2.15 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PADANG DAN DEWAN SMK KHIR JOHARI


Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan generasi muda yang sihat dan berdaya saing melalui acara sukan dan rekreasi yang dianjurkan. Sejajar dengan usaha pihak Kementerian Pelajaran untuk mewajibkan satu sukan untuk seorang pelajar agar pelajar dapat menyertai dan menyerlahkan bakat dalam sukan yang diminati di sekolah.


Catur

Bola Tampar

Bola Sepak

Badminton

Hoki

Bola Jaring

Ping Pong

Sepak Takraw

Bola Baling













KARNIVAL PBB TAHUN 2022/2023

 

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2022 (RABU)

MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : SMK KHIR JOHARI, BERANANG (SEKITAR SEKOLAH)


Karnival PBB 2022 merupakan salah satu perancangan aktiviti yang telah ditetapkan dalam takwim tahunan sekolah. Karnival ini bertujuan memberi peluang kepada semua guru dan murid menyempurnakan pelbagai aktiviti yang telah dipelajari dalam unit uniform masing-masing. Pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan antaranya ialah Kawad Kaki, Gajet Dapur, Rekacipta Bahan Terbuang, Masakan, Orienteering, Bantu Mula dan Uniform Lengkap.


Kawad Kaki


Gajet Dapur


Rekacipta Bahan Terbuang


Masakan


Orienteering


Uniform Lengkap
















 

PROGRAM MAHABBAH PERKAHWINAN "ANTARA HARAPAN DAN CABARAN"


 TARIKH : 09 OGOS 2022 / 11 MUHARRAM 1443H

HARI : SELASA

MASA :8.00 PAGI - 10.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN BESAR SEMAHIR

PENCERAMAH : USTAZ AHMAD ADNIN BIN ROSLAN (TARBIAH SENTAP)


Program Mahabbah Perkahwinan ini adalah kesinambungan dari tajuk perkahwinan yang ada di dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan 5. Program ini dirancang bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan perkahwinan dalam kehidupan seorang muslim. Program ini dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam dan hanya melibatkan murid Tingkatan 4 dan 5 sahaja. 









Friday, October 14, 2022

PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE-65

 

 TARIKH : 30 OGOS 2022 / SELASA

MASA : 11.20 PAGI -1.05 PETANG

TEMPAT : DEWAN BESAR SEMAHIR


Setelah dua tahun Sambutan Hari Kemerdekaan disambut secara alam maya disebabkan Covid-19, sambutan kemerdekaan pada tahun ini diadakan dengan gilang gemilang. Pada sambutan kali ini, murid dipersembahkan dengan pelbagai persembahan oleh guru dan murid-murid.
















Saturday, October 1, 2022

MAJLIS ANUGERAH KUALITI 2020 & 2021 SEMAHIR


TARIKH: 27 OGOS 2022

MASA: 07.30 AM – 01.00 PM

TEMPAT: DEWAN SEMAHIR, SMK KHIR JOHARI


Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan murid-murid yang meraih kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid sepanjang tahun 2020 dan 2021. Berkat kerjasama semua guru dan murid-murid SMK Khir Johari, majlis ini dapat dijalankan dengan lancar.