Sama-sama kita terus PATUH SOP, CEGAH & KAWAL penularan wabak COVID-19

Monday, July 23, 2012

PELAKSANAAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN  BAHASA INGGERIS (PPP BI)

Cambridge Placement Test (CPT) & Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) bagi semua guru BI.

LATAR BELAKANG
1.    Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid perlu ditingkatkan selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Untuk memastikan pencapaian murid meningkat, guru hendaklah berkualiti, yakni kompeten dan menguasai bahasa Inggeris terutamanya dari aspek kefasihan dan pedagogi. 
2.   Setakat ini, belum ada data/maklumat yang tepat, lengkap dan menyeluruh berkenaan tahap penguasaan dan kompetensi bahasa Inggeris PPP BI yang mengajar Bahasa Inggeris. Oleh itu, untuk mendapatkan data/maklumat tersebut, analisis keperluan latihan bagi PPP BI perlu dilaksanakan. 
3.   Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Memperkukuh Bahasa Inggeris (JKK MBI) Bil. 2/2012  yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 12 Januari 2012 telah memutuskan bahawa analisis keperluan latihan bagi PPP BI di sekolah menengah dan rendah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kolej Matrikulasi perlu diperolehi.
4.   Mesyuarat Delivery Task Force (DTF)  yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 20 Februari 2012 telah memutuskan supaya analisis keperluan latihan PPP BI dilaksanakan segera.
5.   PEMANDU telah memutuskan supaya analisis keperluan latihan  bagi 10,000 PPP BI dilaksanakan pada 7 - 10 Mei untuk mendapatkan data bagi keperluan  dalam Makmal  GTP v2.






Sebelum peperiksaan bermula semua guru 
dibenarkan untuk menjalani 'tutorial' selama 15 minit sebelum peperiksaan bermula. Sesi Peperiksaan ini dipantau oleh Guru Penolong Kanan Akademik Pn Hjh Rahmah bt Mat Saman.










No comments:

Post a Comment