Saturday, October 15, 2022

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN 2022

 TARIKH : 05 OKTOBER 2022

MASA : 2.15 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PADANG DAN DEWAN SMK KHIR JOHARI


Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan generasi muda yang sihat dan berdaya saing melalui acara sukan dan rekreasi yang dianjurkan. Sejajar dengan usaha pihak Kementerian Pelajaran untuk mewajibkan satu sukan untuk seorang pelajar agar pelajar dapat menyertai dan menyerlahkan bakat dalam sukan yang diminati di sekolah.


Catur

Bola Tampar

Bola Sepak

Badminton

Hoki

Bola Jaring

Ping Pong

Sepak Takraw

Bola Baling













KARNIVAL PBB TAHUN 2022/2023

 

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2022 (RABU)

MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : SMK KHIR JOHARI, BERANANG (SEKITAR SEKOLAH)


Karnival PBB 2022 merupakan salah satu perancangan aktiviti yang telah ditetapkan dalam takwim tahunan sekolah. Karnival ini bertujuan memberi peluang kepada semua guru dan murid menyempurnakan pelbagai aktiviti yang telah dipelajari dalam unit uniform masing-masing. Pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan antaranya ialah Kawad Kaki, Gajet Dapur, Rekacipta Bahan Terbuang, Masakan, Orienteering, Bantu Mula dan Uniform Lengkap.


Kawad Kaki


Gajet Dapur


Rekacipta Bahan Terbuang


Masakan


Orienteering


Uniform Lengkap
















 

PROGRAM MAHABBAH PERKAHWINAN "ANTARA HARAPAN DAN CABARAN"


 TARIKH : 09 OGOS 2022 / 11 MUHARRAM 1443H

HARI : SELASA

MASA :8.00 PAGI - 10.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN BESAR SEMAHIR

PENCERAMAH : USTAZ AHMAD ADNIN BIN ROSLAN (TARBIAH SENTAP)


Program Mahabbah Perkahwinan ini adalah kesinambungan dari tajuk perkahwinan yang ada di dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan 5. Program ini dirancang bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan perkahwinan dalam kehidupan seorang muslim. Program ini dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam dan hanya melibatkan murid Tingkatan 4 dan 5 sahaja. 









Friday, October 14, 2022

PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE-65

 

 TARIKH : 30 OGOS 2022 / SELASA

MASA : 11.20 PAGI -1.05 PETANG

TEMPAT : DEWAN BESAR SEMAHIR


Setelah dua tahun Sambutan Hari Kemerdekaan disambut secara alam maya disebabkan Covid-19, sambutan kemerdekaan pada tahun ini diadakan dengan gilang gemilang. Pada sambutan kali ini, murid dipersembahkan dengan pelbagai persembahan oleh guru dan murid-murid.
















Saturday, October 1, 2022

MAJLIS ANUGERAH KUALITI 2020 & 2021 SEMAHIR


TARIKH: 27 OGOS 2022

MASA: 07.30 AM – 01.00 PM

TEMPAT: DEWAN SEMAHIR, SMK KHIR JOHARI


Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan murid-murid yang meraih kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid sepanjang tahun 2020 dan 2021. Berkat kerjasama semua guru dan murid-murid SMK Khir Johari, majlis ini dapat dijalankan dengan lancar.









KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DAN OLAHRAGA 2022

Kejohanan Sukan Tahunan dan Olahraga
Peringkat Sekolah Kali Ke-53
Tahun 2022

Tarikh : 5hb Ogos 2022

Sukan sekolah lazimnya diadakan pada setiap tahun bagi membina semangat kesukanan dalam kalangan murid. Ini kerana bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan seterusnya memupuk budaya bersukan dalam kalangan warga Sekolah Menengah Khir Johari (SEMAHIR).

Sekalung tahniah kepada 

Johan: Rumah Kuning
Naib Johan: Rumah Biru
Ketiga: Rumah Merah
Keempat: Rumah Hijau






 

Wednesday, January 19, 2022

PROGRAM D'HATI BONDA SEMAHIR

 Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu ingin melihat anaknya mendapatkan kejayaan. Bagi Pn. Rohaniah Kassim Pengetua SMK Khir Johari Beranang (SEMAHIR) apa yang beliau harapkan anak-anak SEMAHIR tetap kekal semangat dan tidak berputus-asa di saat-saat akhir Peperiksaan SPM ini.

Bonda Pengetua berkesempatan bertemu dengan anak-anak 5 PSV pada 11 Januari, 5 PN pada 17 Januari dan 19 Januari anak-anak 5 PA.

Biarlah berjuang berbekalkan senjata doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. Akronim DUIT ini selalu menjadi azimat Bonda Pengetua kepada anak-anak SEMAHIR. Semoga anak-anak SPM SEMAHIR terus bersemangat dalam meneruskan baki-baki perjuangan ini.