Sama-sama kita terus PATUH SOP, CEGAH & KAWAL penularan wabak COVID-19

Saturday, November 12, 2022

PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) TAHUN 2022

SUMUR ialah satu program bagi memberi pengetahuan dan membina kesedaran di samping untuk menilai amalan murid secara berterusan terhadap peningkatan akhlak (adab), kelakuan (etika dan tingkahlaku) serta sahsiah (keperibadian) murid. SUMUR menyediakan satu aktiviti perbincangan dalam kumpulan antara murid iaitu aktiviti Usrah SUMUR menggunakan modul yang terangkum dalamnya kandungan bagi keempat-empat teras SUMUR iaitu Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Cara Hidup Beragama.  

Antara aktiviti SUMUR yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 ialah:

 AKTIVITI : MAJLIS SAMBUTAN RIMUP KOKURAYA SEMAHIR

TARIKH : 20 MEI 2022


AKTIVITI : KURSUS PEMIMPIN MANTAP 2022

TARIKH : 28 MEI 2022


AKTIVITI : PROGRAM TAHARAH ASAS IBADAH

TARIKH : 28 MEI 2022



AKTIVITI : USRAH SUMUR 1 (IKHTILAT)

TARIKH : 01 JULAI 2022


AKTIVITI : CERAMAH MAAL HIJRAH

TARIKH : 29 JULAI 2022



AKTIVITI : PROGRAM MAHABBAH PERKAHWINAN

TARIKH : 13 OGOS 2022



AKTIVITI : USRAH NUQABA' SIRI 2 2022

TARIKH : 23 SEPTEMBER 2022


AKTIVITI : CERAMAH MAULIDUR RASUL

TARIKH : 07 OKTOBER 2022


Seterusnya, diucapkan tahniah kepada Muhammad Nazil bin Mohd Amin dan Alissa Najihah binti Rizal Asmadi kerana telah dianugerahkan sebagai Tokoh SUMUR 2021. Semoga anugerah ini akan dapat memberi inspirasi pada diri dan juga rakan-rakan yang lain.