Thursday, August 1, 2013


Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan, Iftar serta Solat Hajat
SEMAHIR 2013


Majlis penutupan Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah akan diadakan pada 1hb Ogos 2013 (Khamis). oleh itu, pihak sekolah menjemput semua murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 serta ibu bapa/penjaga untuk hadir bersama-sama menjayakan majlis tersebut. 

Antara aturcara pada hari tersebut adalah seperti berikut :
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Penyampaian sumbangan Hari Raya kepada murid terpilih
  • Tazkirah
  • Majlis berbuka puasa
  • solat Maghrib berjemaah
  • Solat hajat dan bacaan Yassin
  • Solat isyak dan solat terawih
Pendaftaran bermula jam 5.00 petang.

Sehunbungan dengan majlis di atas, pihak sekolah berharap, pada sesiapa ibu bapa/penjaga dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos berbuka puasa serta bantuan sumbangan kepada murid terpilih.

Pihak seklah juga berharap, pihak ibu bapa/penjaga dapat memberikan sokongan pada aktiviti sekolah ini.

Kerjasama dan sokongan dari semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri
2013

Sempena Hari Raya yang akan datang ini, sekolah SEMAHIR akan mula bercuti pada 03hb Ogos 2013 (Sabtu) hinggga 18hb Ogos 2013 (Ahad).

Pada 5hb Ogos (Isnin) adalah merupakan cuti peristiwa dan 6hb Ogos 2013 (Selasa) adalah cuti berganti yang akan diganti pada hari Sabtu (24hb Ogos 2013)




Perkampungan Ilmu

Perkampungan Ilmu
Calon-calon PMR dan SPM 2013

Tarikh : 27hb - 28hb Mei 2013


Wednesday, July 31, 2013

Hari Guru

Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah 2013

Tarikh : 16hb Mei 2013

Tema Hari Guru :
Guru Malaysia, 1 Aspirasi, 1 Agenda




Majlis Ikrar Murid T5 dan T3

Majlis Ikrar Kecemerlangan
Murid PMR dan SPM 2013

Tarikh : 30hb April 2013
Hari : Selasa


Karnival Permainan SEMAHIR
2013

Tarikh : 27hb April 2013


Sambutan Hari Nilam Sedaerah
Peringkat Sekolah

Tarikh : 22hb April 2013